Manfaat Ubi Jalar ~ Putra Gantiwarno
Selamat datang, terima kasih atas kunjungannya. Salam perdamaian

Manfaat Ubi Jalar

Ubi Jalar atau nama saintifiknya ialah Ipomoea batatas dari keluarga Convolvulaceae. Ia bukan sahaja satu hidangan yang senang untuk mendapatkannya, malah rasanya yang manis memang sedap untuk dinikmati hanya dengan merebus atau stim sahaja.

Sememangnya Ubi Jalar kaya dengan pelbagai khasiat dan manfaat untuk kesihatan. Jom kita baca 9 manfaat utama Ubi Jalar untuk kesihatan.

#1 Kaya dengan vitamin B6

Vitamin B berfungsi untuk mengurangkan kadar bahan kimia homosistein di dalam tubuh. Bahan kimia ini dikaitkan dengan penyakit degeneratif, termasuklah menajuhkan serangan jantung.
9 Manfaat Ubi Keledek Untuk Kesihatan



#2 Sumber terbaik vitamin C

Ramai di kalangan kita tahu vitamin C penting untuk membantu mengelakkan demam dan juga virus selesema. Hanya sedikit yang sedar bahawa vitamin C penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman dan pembentukan sel darah.

Vitamin C berfungsi meningkat proses penyembuhan luka, merangsang penghasilan kolagen yang dapat memabntu mengekalkan ketegangan kulit agar kelihatan lebih muda dan sihat.

Vitamin C juga membantu mengawal tekanan (stress) selain melindungi tubuh daripda toksin dan kerosakan akibat radikal bebas yang menyebabkan kanser. Selain itu vitamin C juga memainkan peranan menyerap zat besi ke dalam tubuh kita. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan zat besi tidak dapt diserap dengan baik.


#3 Mengandungi vitamin D

Vitamin D berfungsi terhadap kadar tenaga di dalam tubuh dan emosi. Selain itu, vitamin D juga membantu membina tulang, jantung, saraf, kulit dan gigi yang kuat dansihat serta menyokong kalenjar tiroid. 

Vitamin D penting untuk diambil bersama kalsium kerana salah satu fungsinya yang membantu menyerap kalsium ke dalam tulang agar tidak berlaku mendapan.
9 Manfaat Ubi Keledek Untuk Kesihatan

#4 Zat besi

Kita tahu zat besi (iron) sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga yang mencukupi. Selain itu zat besi memainkan peranan yang penting di dalam menghasilkan sel darah putih dan sel darah merah. 

Ia juga bertindak dalam membantu mengawal stress dan memastikan sisitem imun berfungsi dengan baik di samping memetabolismekan protein yang masuk ke dalam tubuh agar tidak berkumpul menjadi gula dan lemak.


#5 Sumber Magnesium

Ubi Jalar merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan magnesium yang mana ia berperanan memberikan rasa tenang (relax) kepada tubuh dan menjadi mineral anti stress. Magnesium juga diperlukan untuk kesihatan arteri, darah, tulang, jantung, otot dan juga fungsi saraf. 


#6 Potassium

Di dalam Ubi Jalar juga terdapat potassium. Ia merupakan satu elektrolit (electrolytes) yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan isyarat saraf

Seperti elektrolit yang lain, potassium memainkan peranan yang penting termasuklah meredakan pengecutan otot-otot (relaxing muscle contractions), mengurangkan pembengkakan, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.
9 Manfaat Ubi Keledek Untuk Kesihatan


#7 Ubi Jalar memiliki rasa manis yang semula jadi. 

Kandungan gula semulajadi yang terdapat di dalamnya dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah, membantu mengawal serta mengimbangi sumber tenaga tanpa meningkatkan kadar gula di dalam darah yang mana kebiasaannya dikaitkan dengan kenaikan berat badan da keletihan.


#8 Kaya dengan karotenoid

Warna oren pada Ubi Jalar menunjukkan ia kaya dengan pelbagai karotenoid seperti beta karotene dan lain-lain, yang mana ia mendominasi vitamin di dalam tubuh. Karoteniod membantu menguatkan kadar penglihatan dan meningkatkan sistem imunisasi terhadap penyakit. 

Karotenoid merupakan antioksida yang berkuasa yang boleh membantu mengelakkan kanser dan melindungi diri dari kesan penuaan. 


#9 Ubi Jalar makanan yang bersifat versatile

Ia sesuai untuk dihidangkan denganmenggunakan pelbagai cara dan kaedah masakan seperti dipanggang, kukus, atau dijadikan puri. Anda boleh memasukkan Ubi Jalar ke dalam sup atau stew, dibakar atau dipotong kecil sebagai rencah di dalam saald sayur-sayuran anda. 

Ubi Jalar juga boleh dijadikan puri dan ditambah di dalam smoothies atau hidangan yang lain

Klik 15 RESEPI UBI JALAR KEGEMARAN RAMAI untuk mengetahui kepelbagaian resepi Ubi Jalar yang boleh dicuba. 

Selain ubinya, daun Ubi Jalar dan juga getah keledek sebenarnya boleh digunakan untuk mengubati beberapa penyakit.

Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, ini termasuk mengubati demam, panas badan, sakit perut, luka, bisul dan kulit melecur.

Kata beliau, untuk demam dan panas badan, daun Ubi Jalar diramas-ramas di dalam air sehingga hancur terlebih dahulu.

"Selepas itu, daun yang telah hancur itu dilapkan ke seluruh badan terutama di bahagian sendi-sendi serta diulangi beberapa kali,'' ujarnya.

Bagi mengubati sakit perut, jelas Tajuddin, beberapa helai daunnya dilayurkan di atas api dan kemudian disapukan sedikit minyak masak.



"Sebelum daun berkenaan sejuk atau sebaik-baiknya sejurus dilayur dan disapu minyak masak, ia terus dilekap atau ditampal pada perut,'' tambah beliau.

Katanya, bagi sakit luka, bisul dan melecur, gunakan cara pertama atau kedua iaitu diramas-ramas di dalam air ataupun dilayur atas api.

"Kemudian tampal dan ikatkan daun yang telah hancur itu di tempat yang luka, bisul atau kulit melecur serta dibiarkan untuk beberapa jam. Jika ia dilayur, tampalkan di bahagian tersebut sekurang-kurangnya selama 10 minit,'' jelas Tajuddin.

Sementara itu, tambahnya, getah Ubi Jalar boleh dititikkan pada tempat ulser atau seriawan mulut untuk mengubatinya. 

RUJUKAN:
http://www.care2.com/greenliving/9-reasons-to-love-sweet-potatoes.html

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More